Tidak boleh dinafikan perbezaan pembangunan amat ketara antara Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur dan Labuan.<br />Ianya bermula dengan taburan industri yang lebih banyak tertumpu di Kuala Lumpur berbanding Labuan sekaligus membawa kepada jurang pendapatan penduduk yang ketara.<br />Jurang itu juga pada akhirnya membawa kepada tekanan kos sara hidup yang berbeza.
